Dunia Ekonomi dan Teknologi

Selasa, 14 Oktober 2008

dUNIa kAPITALIs dALAm kRISIs

Dunia kapitalis dalam krisis. Bank-bank kapitalis jatuh. Ini berita yang menggembirakan. Tiga syarikat kereta gergasi di Amerika tutup. Saham-saham di pasaran bursa saham New York, London, Paris, Tokyo, Hong Kong, Shanghai, Bombay, Singapura, Sydney, Seoul, Stockhom, Karachi, Kuala Lumpur jatuh. Nilai dolar jatuh. Nilai yen jatuh. Nilai sterling jatuh.


Krisis ekonomi kapitalis hari ini lebih tenat dari zaman meleset 1929. Kalau dahulu hanya hanya melibatkan Amerika Syarikat saja tetapi kali ini hanya akan memporak perandakan seluruh dunia. Ekonomi kapitalis global sedang terancam.

Ekonomi kapitalis yang berasaskan keuntungan maksimal perlu di kaji semula. Dalam keadaan krisis ini akan lahir suasana kemungkinan- kemungkinan baru. Krisis 1929 menimbulkan Perang Dunia ke Dua. Perang Dunia ke Dua melahirkan negara-negara sosialis di Eropa Timur. Kemungkinan-kemungkinan baru pasti muncul.


0 Komentar:

Posting Komentar

Berlangganan Posting Komentar [Atom]

<< Beranda